ASPIRASI UNIKORN BUMIPRENEUR Stories From The Frontline Individu biasa yang memperoleh kejayaan dan pencapaian luar biasa bukanlah satu khayalan mahupun satu cerita dongeng yang direka-reka. Bagi sebahagian orang di luar sana yang melihat kejayaan mereka, pasti menyangkakan bukanlah susah untuk menjadi seorang usahawan. Namun hakikatnya, kejayaan itu tidak dikecapi dengan mudah. Seperti kata pepatah “Tidakkan bulat datang bergolek, Tidakkan pipih datang melayang”. Kepayahan dan pelbagai dugaan telah mematangkan mereka dalam membina perniagaan. Dengan adanya sokongan dari keluarga dan masyarakat, mereka telah berjaya melakukannya. 30 syarikat Bumiputera ICT, Kreatif dan berinovasi yang terbahagi kepada syarikat berprestasi tinggi dan syarikat startup harapan berkebolehan telah diketengahkan dalam buku ‘Aspirasi Unikorn Bumipreneur: Stories From The Frontline’. Naskah ini memuatkan perkongsian pengalaman 30 usahawan dalam membina empayar perniagaan, tips dan pandangan dalam memajukan diri dan juga perniagaan mereka. Perkongsian daripada usahawan yang berprestasi tinggi ini akan memberi inspirasi kepada usahawan lain untuk menjadi lebih berani dalam mengambil risiko dan ...Click here to read more »