Institut Keusahawanan Negara (INSKEN)
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI)

Skim Usahawan Siswazah (SUS)

Pengenalan

Skim Usahawan Siswazah (SUS) adalah program anjuran Institut Keusahawanan Negara (INSKEN), Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dengan kerjasama Universiti Teknologi MARA (UiTM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK) dan Bank Perusahaan Kecil & Sederhana Malaysia Berhad (SME Bank). Program ini merangkumi dua komponen iaitu Latihan Asas Keusahawanan (kursus) dan Tabung Usahawan Siswazah (pembiayaan).

Kumpulan Sasar

Terbuka kepada sekurang-kurangnya pemegang Diploma daripada Institusi Pengajian Tinggi Awam/ Swasta dalam dan luar negeri yang diiktiraf oleh Malaysian Qualifications Agency (MQA) dan pelajar di tahun akhir yang telah tamat pengajian tidak melebihi 15 tahun serta berumur tidak melebihi 40 tahun.

Objektif Kursus:

i. Meningkatkan bilangan siswazah dalam bidang keusahawanan yang akan menyumbang ke arah matlamat pembangunan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB);
ii. Memberi latihan penyediaan rancangan perniagaan, pengurusan pemasaran dan kewangan, mengenalpasti peluang perniagaan dan kemudahan pembiayaan; dan
iii. Melayakkan peserta memohon pembiayaan Tabung Usahawan Siswazah (TUS).

Latihan Asas Keusahawanan (Kursus)

Latihan ini diadakan sebagai satu langkah untuk menggalakkan dan meningkatkan penglibatan siswazah dalam bidang perniagaan sejajar dengan hasrat Kerajaan untuk melahirkan lebih ramai usahawan yang berpendidikan tinggi.

Tempoh

5 hari (sepenuh masa : 8.30 pagi – 10.30 malam)

Kandungan

Modul 1: Keusahawanan dan Motivasi Keusahawanan;
Modul 2: Pengurusan Perniagaan;
Modul 3: Peluang Perniagaan;
Modul 4: Rancangan Perniagaan;
Modul 5: Pengurusan Kewangan; dan
Modul 6: Taklimat Pembiayaan.

Jadual Kursus

 

Yuran

RM250.00 (termasuk penginapan, makan minum dan nota).

Tempat

Lokasi kursus akan dimaklumkan melalui surat tawaran kursus. SUS tahun 2011 akan diadakan di seluruh negeri di Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

Sila muat turun Borang Pendaftaran untuk menyertai program latihan tersebut.

 

TABUNG USAHAWAN SISWAZAH (Pembiayaan)

Dana Tabung Usahawan Siswazah (TUS) disediakan oleh Kerajaan bagi pemohon yang telah mengikuti kursus Latihan Asas Keusahawanan dan Kursus Asas Keusahawanan Siswa yang dianjurkan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa Dan Industri (MITI) sahaja. Selain itu, dana TUS juga layak dimohon oleh peserta Program Inkubator Usahawan Siswazah (PIUS) yang dikendalikan oleh SME Bank.

Permohonan terbuka kepada pemohon yang ingin memulakan perniagaan, telah mempunyai perniagaan dan ingin mengembangkan perniagaan. Pemohon adalah diwajibkan mengikuti kursus untuk melayakkan permohonan pembiayaan TUS melalui SME Bank.

Syarat Permohonan TUS

  1. Pinjaman melalui TUS adalah untuk pembiayaan harta tetap dan modal kerja atau kedua-duanya sekali;
  2. Pengambilalihan syarikat/ firma dan perolehan teknologi juga adalah dibenarkan. Ianya terbuka kepada pembiayaan projek-projek dalam industri yang mendapat galakan Kerajaan dan berdaya maju kecuali pelaburan hartanah, industri ‘primary agriculture’, cybercafe dan insurans;
  3. Mestilah pengusaha sepenuh masa atau pemilik majoriti perniagaan;
  4. Permohonan dana TUS boleh dibuat dengan mengemukakan sebanyak lima (5) salinan Rancangan Perniagaan (RP) yang lengkap kepada INSKEN, MITI mengikut format RP SME Bank untuk melayakkan ke proses penapisan (screening).

Proses Penapisan (Screening)

  1. Pemohon TUS yang telah menghantar 5 salinan RP kepada INSKEN akan diberikan surat tawaran untuk menghadiri proses penapisan.
  2. Pemohon perlu membentangkan RP tersebut yang bertempat di INSKEN, MITI.
  3. Pembentangan Rancangan Perniagaan adalah diantara 20-30 minit dan akan dinilai oleh INSKEN dan SME Bank; dan
  4. Pemohon yang beroperasi di Sabah dan Sarawak diberikan pengecualian daripada menghadiri proses penapisan di INSKEN. Permohonan dana TUS boleh dibuat melalui SME cawangan Sabah dan Sarawak.

Kemudahan Pinjaman (Dana TUS)

  1. Pinjaman yang disediakan adalah dari RM20,000.00 hingga maksimum RM500,000.00. Walaubagaimanapun, had pembiayaan boleh dipertingkatkan sehingga maksimum RM750,000.00 khusus untuk pembiayaan bagi pengambilalihan syarikat sahaja;
  2. Membiayai keperluan harta tetap atau modal kerja projek perniagaan atau kedua-duanya;
  3. Pemohon yang telah berniaga dan beroperasi melebihi dua (2) tahun tidak perlu menghadiri kursus Latihan Asas Keusahawanan (SUS) dan proses penapisan (screening) di INSKEN;
  4. Kadar faedah 4% setahun;
  5. Tempoh pembiayaan maksimum sehingga 10 tahun (tidak termasuk bangunan) dan 20 tahun (untuk bangunan/ premis perniagaan sahaja) dari tarikh pengeluaran wang pertama;
  6. Tempoh pengecualian bayaran balik pinjaman maksimum sehingga 48 bulan;
  7. Tiada penjamin diperlukan bagi pembiayaan bangunan/ premis perniagaan atau pembiayaan modal kerja sehingga RM100,000.00;
  8. Untuk pembiayaan melebihi RM100,000.00, penjamin hanya menjamin sebanyak 20% daripada jumlah baki pinjaman yang melebihi RM100,000.00 sahaja;
  9. Pembiayaan sehingga 100% daripada kos item yang dibiayai (termasuk kos insurans, yuran dokumentasi guaman dan yuran-yuran perundingan) bagi pembiayaan sehingga RM100,000.00;
  10. Pembiayaan sehingga 90% daripada kos item yang dibiayai (termasuk kos insurans, yuran dokumentasi guaman dan yuran-yuran perundingan) bagi pembiayaan melebihi RM100,000.00; dan
  11. Pembiayaan secara konvensional dan syariah.

 

Permohonan SUS boleh dibuat melalui:

Institus Keusahawanan Negara (INSKEN)
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI),
Aras 2 & 3, Blok Menara,
No 18, Persiaran Perdana, Presint 2,
Pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62652 Putrajaya.

Hubungi Tel: 03-8880 5005
Puan Rosalind Rashidin
Cik Nur Ashikin binti Abdul Karim
Pn. Arni Hasliza Aziz
Pn. Kamariah Maliki

Maklumat daripada Website INSKEN-MITI.